Saiful Tidak Mandi Junub 2 Hari Dan Tidak Solat Kes liwat Anwar Ibrahim II

Saiful mengaku bahawa dia tidak bersembahyang antara 26 Jun dan 28 Jun 2008 mendakwa diliwat dan mendapatkan pemeriksaan perubatan. Ini menyebabkan Karpal, peguam Anwar menuduhnya sebagai bukan seorang Muslim yang baik.[22]

Dalam salah satu perbicaraan, Saiful Bukhari di tanya oleh peguam Karpal Singh adakah beliau berkaitan mandi junub dan solat yang Saiful lakukan[23]. (KS = Karpal Singh. SB = Saiful Bukhari). Berikut ialah sebahagian transaksi perbicaraan[23].

KS: Ada mandi? Cuci badan semua sebelum sembahyang pada 27 Jun?

SB: Ada, mandi sedikit sahaja tetapi saya tidak cuci di bahagian dubur.

KS: Biasa mandi semua badan bukan sebahagian, bukan?

SB: Ya.

KS: Mandi junub, wajibkan?

SB: Ya.

KS: 26 (haribulan) tidak solat?

SB: Tidak.

KS: Tidak mandi wajib?

SB: Tidak.

KS: Jadi, pada 27 Jun, tak mandi wajib jadi sembahyang kamu tidak sah?

SB: Ya, tidak sah.


Dr Mohd Razali Ibrahim Razali, iaitu doktor dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) memberi keterangan bahawa Saiful memberitahunya bahawa Saiful tidak membuang air besar dua hari sebelum pemeriksaan.[24] Dia turut memberitahu bahawa sungguhpun Saiful tidak mengadu sakit ketika prosedur, dia dapati agak sukar untuk memasukkan proktoskope – peralatan plastik pakai buang sepanjang 6.5cm – kerana halangan dari otot dubur ("anal sphincter"). Dr Razali turut memberi keterangan bahawa bahagian rektum Mohd Saiful Bukhari Azlan, penuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah "kosong" ketika dia memeriksanya pada Jun 2008.

Rujukan

WikiPedia: Kes liwat Anwar Ibrahim II http://www.astroawani.com/berita-politik/prk-port-... http://bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=35287... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php...